assalamualaikum...dn selamat sejahtera..

jom join..

Wednesday, March 23, 2011

Sekolah Ku

  Pagi itu masih terasa sejuknya,tidak kala cahaya matahari baru sahaja keluar menyinari dunia.Suasana haruk-piruk sentiasa dialami setiap pagi Isnin.Sungguh berat rasanya kaki ini untuk turun ke padang mendengar kata-kata daripada guru-guru.Itulah kata-kata yang yang dilontarkan oleh kebanyakan pelajar apabila disuruh turun ke padang.

  Apabila di sekolah aku sering memakai pakaian uniform berwarna oren cair.Aku adalah seorang pengawas tetapi tidak seperti seorang pengawas kerana perwatakan ku seperti seorang yang selamber.Walaupun begitu,pelajar sentiasa menghormati aku sebagai seorang penguatkuasa di dalam sekolah.Aku bersama rakan-rakan setugas ku ditugaskan ditempat meletakkan motosikal.Kadang-kala apabila pengawas yang berada di padang tidak mencukupi,aku akan di panggil untuk menggantikan kekosongan di situ.Aku tidak begitu tegas dalam menjalankan tugas,ini kerana aku berpendapat apabila kita terlalu tegas kepada murid-murid mereka akan membenci kita dan tidak akan mematuhi arahan.Apabila bertugas di tempat meletakkan motosikal,aku suka membelek-belek motosikal yang berada di situ.

  Begitulah tugas aku di sekolah selain daripada mencari ilmu.Aku juga menghadapi pelbagai masalah di sekolah.Masalah yang mengganggu aku untuk fokus ketika waktu pembelajaran.Banyak cerita yang akan diceritakan tentang masalah-masalah yang aku hadapi.Semoga ini dapat memberi sedikit sebanyak kegembiraan dalam hati..

Friday, February 25, 2011

Adakah Dia Sahabat ku?

Kisah ini bermula ketika aku berada ditingkatan 4.Aku masih ingat lagi pada waktu itu,dia sentiasa berada di samping aku tidak kira susah dan senang...sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah bersama-sama.Sehinggakan pada masa itu menjadi sungguh akrab seperti adik-beradik.Tetapi setelah setahun berlalu...perkara itu tidak lagi berulang seperti dulu.Dia sudah mempunyai kawan yang ternyata lebih bagus dari aku,aku ditinggalkan...sehingga hari ini aku tidak pasti siapakah dia bagi ku?

Wednesday, October 6, 2010

Jenguk2 la jap..mai sembang2..

Hai kengkawan..cite la kat blog ni ape-apeyg menarik...dan semue perkare boleh dibicang..